Doktor Kurangkan Dos Ubat Kolesterol Selepas Mengamalkan Minuman Gum Arabic Al-Manna

kolesterol tinggi, gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, almanna

Kolesterol Tinggi – Gum Arabic Almanna

Blog Gum Arabic Al-Manna kali ini berkongsi testimoni pengguna berkait masalah kolesterol tinggi yang dialami sendiri oleh bapa admin (Zakaria bin Idris). Beliau telah mencuba mengamalkan serbuk Gum Arabic Al-Manna sebagai ikhtiar dalam membantu masalah kolesterol yang dihadapi dan berterusan mengambil ubat-ubatan hospital pada dos yang sama.

Kolesterol dan lemak adalah sumber keperluan yang menghasilkan tenaga penting dalam proses perjalanan sistem tubuh badan. Antara fungsi lemak dan kolesterol terhadap tubuh dalam bertindak sebagaimana berikut:

  • Lemak dan kolesterol adalah pengangkut yang membantu proses penyerapan Vitamin A, D, E & K yang larut lemak.
  • Lemak dan kolesterol  membekalkan asid-asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.

Namun, pengambilan lemak secara berterusan perlu dielakkan dalam pemakanan. Walau pun ia tidak boleh dielakkan sepenuhnya dalam hidangan makanan harian tetapi ia perlu dikawal dengan bijak agar pengambilannya tidak mendatangkan risiko untuk kesihatan.

Kolesterol dihasilkan secara semula jadi dari organ hati manusia sekitar 80%. Manakala 20% lagi datang dari sumber makanan dan minuman yang diambil setiap hari. Oleh itu badan manusia tidak memerlukan kolesterol yang tinggi dari sumber makanan dan minuman memandangkan ia telah pun dihasilkan melalui hati.

Gejala kolesterol tinggi dapat diketahui dengan beberapa keadaan yang berlaku pada badan. Keadaan yang mungkin mendatangkan risiko ini perlu diatasi dengan mengubah cara pemakanan yang lebih sihat, gaya hidup yang lebih selamat dan mendapatkan rawatan jika diperlukan. Ciri-ciri kemungkinan kolesterol tinggi seperti berikut:

  1. Rasa mual
  2. Leher rasa tegang
  3. Muka merah
  4. Krem pada bahagian kaki
  5. Muntah
  6. Sakit kepala
  7. Sesemut / kebas pada bahagian tubuh seperti kaki, tangan dan kepala.

Bagaimana Gum Arabic Al-Manna Membantu Pesakit Kolesterol Tinggi?

serangan jantung, gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, almanna

Risiko Serangan Jantung – Gum Arabic Al-Manna

Gum Arabic Al-Manna dipilih sebagai ikhtiar dalam membantu masalah kolesterol tinggi yang dihadapi encik Zakaria. Dalam masa sama pengambilan ubat-ubatan hospital diteruskan mengikut dos dan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak doktor.

Setelah 2 minggu encik Zakaria mengamalkan pemakanan sihat serbuk Gum Arabic Al-Manna, ternyata hasil yang diperolehi begitu memuaskan dalam usia 60an untuk bergerak aktif ke masjid dan majlis keraian. Masalah sakit lutut yang dihadapi sebelum ini kini kembali pulih dan dapat melakukan ibadah pada kedudukan yang lebih baik.

Ayah balik dari hospital tadi doktor suruh kurangkan dos ubat cairkan darah (aspirin). Sebab kolesterol ayah pun dah terlebih rendah. Sakit lutut dah hilang sejak minum serbuk Gum Arabic Al-Manna 2 minggu yang lalu.

Ubat cairkan darah (aspirin) yang digunakan encik Zakaria juga berfungsi sebagai ubat tahan sakit dan menghalang pembekuan darah. Aspirin atau dikenali sebagai bahan aktif Acetyl Salicylic Acid merupakan ubat dalam kategori Non-Steroidal Anti Inflammatory Drug (NSAID). Aspirin adalah ubat am yang boleh diperolehi tanpa preskripsi doktor sebagaimana yang dijelaskan dalam portal Kementerian Kesihatan Malaysia MyHEALTH.

Keberkesanan getah pokok akasia atau Gum Arabic Acacia dalam membantu memulihkan kolesterol yang tinggi ke tahap normal telah didedahkan dalam sebuah jurnal European Food Safety Authority (EFSA). Kajian saintifik telah membuktikan manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dari getah pokok akasia iaitu dapat membantu memulihkan kepekatan kolesterol dalam darah ke tahap yang normal.

Panel EFSA berkait dengan Produk Dietetik, Nutrisi dan Alahan (NDA) telah diminta untuk membuat kajian berhubung dakwaan manfaat kesihatan yang terdapat pada getah pokok akasia. Penilalaian telah dibuat dan menghasilkan 3 hujah ilmiah yang menyokong penggunaan Gum Arabic sebagai unsur pemakanan sihat dalam membantu meningkatkan kesihatan.

Panel EFSA membuat penilaian terhadap manfaat untuk kesihatan antaranya menganggap penggunaan Gum Arabic memberi kesan yang baik kepada pemuliharaan paras kepekatan kolesterol darah yang normal. Kolesterol jahat atau Low-Density Lipoproteins (LDL) membawa kolesterol dari hati ke tisu periferal termasuk pembuluh darah (arteri). Peningkatan kolesterol jahat boleh mendatangkan risiko terhadap fungsi normal pada pembuluh darah. Paras kolesterol jahat (LDL) yang mengatasi paras kolesterol baik (HDL) boleh mengakibatkan serangan penyakit antaranya darah tinggi, obesiti, strok dan jantung.

“Low-density lipoproteins (LDL) carry cholesterol from the liver to peripheral tissues, including the arteries. Elevated LDL-cholesterol, by convention >160 mg/dL, may compromise the normal function of the arteries”

Maka panel EFSA berpendapat dengan mengekalkan kepekatan kolesterol darah yang normal adalah memberi manfaat terhadap kesihatan manusia. Panel merumuskan kesimpulan dari data-data yang telah diberikan bahawa getah pokok akasia menjadi satu juzuk dari seluruh makanan kesihatan yang diperlukan dan ia mempunyai ciri-ciri yang mencukupi. Huraian terperinci boleh dilihat di jurnal EFSA melalui laman Wiley Online Library.

Kaedah mencegah kolesterol tinggi dalam darah

Kolesterol tinggi boleh membawa kepada keradangan pankreas dan pembesaran hati. Mencegah daripada berlaku masalah kolesterol tinggi dalam darah sangat dianjurkan untuk menjaga kesihatan ke tahap yang lebih baik. Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah kolesterol tinggi dalam darah sebagai mana berikut.

  • Tingkatkan pengambilan makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Jauhi aktiviti tidak sihat seperti merokok dan minuman keras
  • Kurangkan makanan ringan, makanan sejuk beku dan produk bakeri.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi omega 3 seperti minyak ikan
  • Jalani cara hidup sihat dengan pengambilan makanan rendah lemak dan kolesterol
  • Lakukan senaman secara teratur walaupun hanya senaman ringan
  • Kawal berat badan dan elakkan stress
  • Buat pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali jika terdapat ahli keluarga yang pernah mempunyai penyakit ini.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Gum Arabic (RM30/150gram). Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, almanna, manfaat

Gum Arabic Al-Manna/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s