gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, almanna, manfaat

Testimoni Gum Arabic Al-Manna : Pesakit Gout

Bengkak Pada Bahagian Kaki Berkurangan Selepas Mengamalkan Minuman Gum Arabic Al-Manna

gout, athritis, serangan gout, gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, gum arabic food, almanna

Serangan Gout – Gum Arabic Al-Manna

Penyakit gout antara penyakit yang banyak dihidapi rakyat Malaysia. Blog Gum Arabic Al-Manna ingin berkongsi testimoni pengguna yang mengalami masalah yang sama dengan memaparkan pengenalan mengenai gout, perbezaannya dengan penyakit artritis, kesan penggunaan Gum Arabic Al-Manna terhadap pesakit gout dan kajian mengenainya.

Gout kebiasaannya adalah satu bentuk penyakit arthritis atau artritis kritikal (keradangan) yang diketahui penyebabnya iaitu berlaku pemendapan asid urik seperti kristal dalam darah dan sendi. Asid urik yang mendap seperti kristal dalam darah dan sendi ini mengakibatkan tindak balas keradangan yang kebiasaannya menyerang ibu jari kaki.

Artritis pula adalah penyakit radang sendi atau rheumatoid arthritis (RA) iaitu gangguan auto imun yang menyerang bahagian sendi dan menyebabkan keradangan. Penyakit artritis bukan disebabkan oleh pemendapan asid urik dalam darah dan sendi sebagaimana penyakit gout.

Auto imun (artritis) adalah kejadian tubuh diserang oleh sistem pertahanan tubuh sendiri. Faktor utama artritis belum dapat dikenal pasti secara tepat. Namun terdapat teori yang mengatakan faktor genetik juga boleh menyumbang kepada penyakit artritis.

Sememangnya terdapat perbezaan antara gout dan artritis yang menyumbang kepada keradangan sendi. Penyakit artritis banyak dihidapi golongan wanita berbanding lelaki. Golongan wanita yang belum putus haid juga lebih berisiko untuk berhadapan dengan artritis. Penyakit artritis boleh berlaku di usia 30 hingga 60 tahun.

Penyakit gout pula kebiasannya menyerang kaum lelaki berbanding wanita. Gout boleh berlaku kepada lelaki di usia 30 hingga 60 tahun. Golongan wanita yang belum putus haid sangat jarang mengalami penyakit gout.

Apa Itu Asid Urik Dan Kaitannya Dengan Gout

gout, athritis, serangan gout, gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, gum arabic food, almanna,

Gout and Uric Acid Crystals – Gum Arabic Al-Manna

Asid urik adalah bahan perkumuhan berlebihan yang perlu dibuang dari badan melalui air kencing (urin). Ia berasal dari sejenis protein yang dikenali sebagai purin. Pemendapan asid urik berlebihan dalam darah dan sendi tidak dapat dibuang melalui air kencing mengakibatkan berlakunya penyakit gout.

Gout adalah penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu. Pada waktu itu gout adalah penyakit yang sukar dirawat bahkan boleh mengakibatkan kemudaratan dan kecacatan kepada pesakit yang menghidapinya. Pada masa kini, gout telah dapat dikawal dengan kemajuan teknologi di bidang perubatan.

Penyakit gout kebiasaannya terjadi di bahagian ibu jari kaki juga boleh berlaku pada bahagian sendi-sendi yang lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Gout selalu terjadi secara tiba-tiba dan mengambil masa satu malam. Kesakitannya akan dirasai berhari-hari dan jika tidak dirawat ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda.

Kejadian awal selalunya berlaku pada bahagian ibu jari kaki yang sakit menjadi panas, merah dan bengkak. Kesakitan yang dirasai juga mungkin akan berlaku lagi selepas beberapa minggu atau bulan. Bahagian sendi menjadi begitu sensitif terhadap pergeseran dan sentuhan sehingga menyukarkan pesakit untuk bergerak.

Komplikasi Pesakit Gout

Gout adalah penyakit yang mungkin mempunyai kaitan dengan penyakit lain. Antara masalah kesihatan yang selalu dihadapi pesakit gout seperti berikut:

  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

Kesan pemendapan asid urik di bawah kulit boleh mengakibatkan bonjolan yang dikenali sebagai tophi. Manakala pemendapan asid urik yang berlaku pada bahagian saluran urinari atau saluran air kencing boleh mengakibatkan penyakit batu karang.

Bagaimana Gum Arabic Al-Manna Membantu Pesakit Gout?

Gum Arabic Al-Manna menjadi pilihan salah seorang ahli keluarga Encik Aidil yang menghidap penyakit gout. Setelah berikhtiar dengan pelbagai kaedah rawatan lain, ternyata nikmat kesihatan dapat dirasai dengan kesan perubahan yang dihadapi selepas mengambil serbuk Gum Arabic Al-Manna sebagai minuman.

Perkongsian Encik Aidil mengenai penyakit gout yang dialami ahli keluarganya sejak sekian lama menunjukkan tanda positif dan penyakit gout semakin berkurangan hasil pengambilan serbuk Gum Arabic Al-Manna. Sebelum ini Encik Aidil mendapatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna di Negeri Pahang. Setelah berada di Kota Bharu, beliau menyelidiki laman carian berkaitan ejen Gam Arab di Kota Bharu yang akhirnya membawa kepada penemuan blog Stokis Gum Arabic Al-Manna Kota Bharu.

Gum Arabic Al-Manna ni memang berkesan untuk pesakit gout. Sebelum ini saya mendapatkannya di Negeri Pahang untuk ahli keluarga yang sakit gout gout. Selepas ambil Gum Arabic Al-Manna penyakit gout semakin berkurangan. Bila berada di sini (Kota Bharu) saya cuba cari dalam internet dan terjumpa blog Gum Arabic Al-Manna. Jadi saya dapatkan di sini lah lebih mudah sebab kerja pun di sini.

Perbualan ini lebih kurang memaparkan testimoni daripada Encik Aidil ketika menemui beliau di hadapan Wisma Persekutuan Negeri Kelantan. Beliau seorang yang mesra dan tidak segan untuk berkongsi manfaat Gum Arabic Al-Manna untuk kegunaan ahli keluarga beliau sebagai ikhtiar merawat penyakit gout.

Getah pokok akasia atau acacia gum di Negara Sudan merupakan cairan gula mentah semula jadi yang mengandungi khasiat penting dan mineral yang tinggi untuk manfaat kesihatan. Prebiotik semula jadi ini mendapat pengiktirafan melalui kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar pemakanan, perubatan dan kimia di beberapa Negara Eropah.

Kajian berkaitan Gum Arabic Juga dilakukan oleh pakar-pakar di universiti di Negara Arab seperti Sudan dan Arab Saudi. Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan kerjasama dengan pakar negara luar untuk membuat kajian terhadap penggunaan Gum Arabic.

Kajian Gum Arabic Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Malaysia antara negara yang mempuyai kepakaran dalam membuat penyelidikan nutrisi di samping membuat hubungan kerjasama dengan pakar dari negara lain. Kajian nutrisi dan fungsi terhadap Gum Arabic telah dilakukan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Inovasi Teknologi Manisan (MANIS). Kajian ini juga meliputi kaedah menghasilkan produk makanan dengan mengguna Gum Arabic.

Proses pengubahan Gum Arabic ke bentuk yang lebih halus turut dikongsi oleh Prof Dr Aminah Abdullah, penyelidik dan pakar nutrisi Sekolah Sains Kimia dan Teknologi Makanan di UKM. Menurut beliau, cara memproses Gum Arabic itu hanya melalui pengecilan saiz resin asal kepada bentuk serbuk tanpa terdedah kepada sebarang bahan kimia atau suhu melampau. Memetik kenyataannya di Sinar Harian.

Selain mempunyai kandungan mineral yang seimbang iaitu kalsium, magnesium, kalium dan besi, ia juga (Gum Arabic) mampu mengurangkan sakit-sakit sendi.

Ujar Prof. Dr. Aminah Abdullah yang berkhidmat di Jabatan Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan Jawatankuasa Kluster Pertanian dan Pemakanan sebagaimana terkandung di portal Majlis Profesor Negara.

gout, athritis, serangan gout, gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, gum arabic food, almanna

Prof Dr Aminah Abdullah – UKM

Kajian Gum Arabic Di Universiti Majmaah Arab Saudi

Jabatan Kimia Kolej Pendidikan Zulfi, Universiti Majmaah Arab Saudi telah bekerjasama dengan Unit Penyelidikan dan Kecemerlangan Saintifik untuk mengadakan muhadharah bertajuk ‘Penggunaan Gum Arab Sebagai Rawatan Untuk Gout‘.

Muhadharah ini telah diadakan pada hari Rabu, 4 November 2015 di Jabatan Kimia. Kertas kerja ini telah disediakan oleh Dr. Mai Makki Mahmoud selaku Pembantu Profesor di Jabatan Kimia Kolej Pendidikan Zulfi.

لقد اقام قسم الكيمياء بالتعاون مع وحدة البحث العلمي و التميز محاضرة بعنوان استخدام الصمغ العربي كعالج لمرض النقرس

Beliau turut menyentuh beberapa aspek penting dalam pengisian muhadharah ini seperti berikut.

  1. Sifat-sifat fizikal dan kimia gam arab.
  2. Gejala penyakit gout dan dos gam arab yang sesuai untuk rawatan.
  3. Analisis statistik keputusan ujian untuk pesakit selepas mengambil dos gam arab yang berbeza selama empat bulan.
  4. Membincangkan keputusan yang membuktikan keberkesanan gam arab untuk merawat gout.

Dr. Mai Makki Mahmoud mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sains kimia. Pengalaman beliau dalam menerajui beberapa badan penting dapat dilihat seperti berikut.

  • Pembantu Pengajar di Fakulti Sains Universiti Sudan, 1996-2004
  • Pensyarah di Fakulti Sains Universiti Sudan, 2005-2011
  • Pembantu Profesor di Fakulti Sains Universiti Sudan, 2011-2015
  • Pembantu Profesor (Ketua Jabatan) Fakulti Sains Jabatan Kimia Universiti Sudan, September 2003-Disember 2003
  • Pembantu Profesor di Fakulti Pendidikan Zilfi Universiti Majmaah, 2014 hingga kini

Kajian Gum Arabic Di Universiti Cardiff United Kingdom

Sebuah tesis telah dikemukakan untuk ijazah Doktor Perubatan di Universiti Cardiff United Kingdom. Tesis yang ditulis oleh David Andrew Glover memberi tumpuan khusus kepada Gum Arabic yang akan diubah bentuknya menjadi suplemen makanan tambahan.

Menurut beliau, Gum Arabic dapat bertindak sebagai prebiotik. Beliau memaparkan maksud prebiotik iaitu bahan makanan tidak cerna yang memberi manfaat kepada pengguna. Ia bertindak dengan merangsang pertumbuhan atau aktiviti sejumlah bakteria baik dalam usus. Oleh itu ia dapat meningkatkan lagi kesihatan pengguna.

Non-digestible food ingredients which beneficially affect the host by selectively
stimulating the growth and / or activity of one or a limited number of bacteria in the
colon and thus improve the host health.

Melalui tesis ini, David Andrew Glover memilih tajuk ‘The Effects of Dietary Supplementation with Gum Arabic on Blood Pressure and Renal Function in Subjects with Type 2 Diabetes Mellitus‘, atau ‘Kesan Makanan Tambahan dengan Gum Arabic Terhadap Tekanan Darah dan Fungsi Buah Pinggang dalam Subjek Diabetes Mellitus Jenis 2‘. Sebahagian fakta yang digunakan dalam penulisan tesis ini atau seumpamanya telah diolah dalam Testimoni Gum Arabic Al-Manna : Pesakit Buah Pinggang.

Kandungan tesis ini mengandungi beberapa bab yang berkait dengan Gum Arabic antaranya seperti berikut;

  1. Gum Arabic (Background), m/s 54
  2. Potential Renal benefits of Gum Arabic, m/s 56
  3. Potential Actions of Gum Arabic in Nephropathy, m/s 56
  4. Effects of Gum Arabic on TGF-β activity, m/s 59
  5. Choice of Gum Arabic preparation, m/s 61
  6. Effects of Gum Arabic on Biochemistry and Renal Function, m/s 102
  7. The Effects of Gum Arabic on Blood Pressure and Cardiovascular Risk, m/s 107
  8. The effects of Gum Arabic on Short Chain Fatty Acid Production, m/s 114

Usaha yang dijalankan David Andrew Glover untuk menyiapkan tesis berkaitan penggunaan Gum Arabic dalam suplemen ini telah mendapat sokongan padu daripada penyelia beliau iaitu Profesor Aled Phillps dan Dr. Steve Riley. Beliau juga diberi peluang untuk mendapat data maklumat dari pasukan Diabetes di Hospital Llandough.

david andrew glover, gout, athritis, serangan gout, gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, gum arabic food, almanna

David Andrew Glover – Universiti Cardiff UK

Gum Arabic Alternatif Penyelidikan Masa Depan

Seorang Doktor yang pernah memiliki Ijazah pertama dalam bidang Sains Gunaan Biologi, Dr. Timothy C. Baldwin telah menulis mengenai tumbuhan yang mengeluarkan cecair getah dalam sebuah jurnal bertajuk ‘Gum Arabic : Past, Present and Future’.

Beliau menulis mengenai penggunaan Gum Arabic yang telah melangkaui jarak masa ribuan tahun dalam industri perdagangan dunia. Penggunaan Gum Arabic terus berjalan pada hari ini dan diperkenalkan menerusi pelbagai aplikasi penggunaan tersendiri seperti dalam industri makanan dan bahan tambahan yang boleh dilihat dalam suplemen dan bahan perubatan.

The objective of the current monograph is to provide a broad overview of the research data pertaining to one of the most agronomically significant of these plant gum exudates, namely gum arabic, and to highlight possible avenues for future research.

Tulisan Dr. Timothy C. Baldwin menjadi sebahagian judul kandungan buku Recent Progress in Medicinal Plants, Vol. VIII – Phytochemistry & Pharmacology II yang diterbitkan oleh Sci. Tech. Publishers, USA. Sebelum buku ini diterbitkan, beliau telah kembali ke UK pada tahun 1999 dan menerima pelantikan sebagai Penyelidik Pasca Kedoktoran di Jabatan Biokimia Universiti Cambridge United Kingdom.

dr. timothy c. baldwin, recent progress in medicinal plants, gum arabic : past, present and future, gout, athritis, serangan gout, gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, gum arabic food, almanna,

Dr. Timothy C. Baldwin – Gum Arabic : Past, Present and Future

Jabatan Botani Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Dr. Timothy C. Baldwin pernah mengambil tugas sebagai Pensyarah Universiti di Jabatan Botani Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Nama beliau turut tercatat antara penggerak bersama dalam bengkel ‘Perspectives from Conducting a Molecular Biology‘ yang diadakan secara kerjasama antara Jabatan Biologi Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Jabatan Biokimia Universiti Barat Australia (UWA).

Portal Wiley Online Library juga memuatkan artikel yang ditulis oleh Lawrence J. Abraham dan Jim Whelan berkaitan bengkel kerjasama penyelidikan yang dijalankan selama empat hari bermula 4-8 Disember 1995 melibatkan 12 orang peserta dari seluruh Malaysia. Penyelidikan biologi molekul ini dibuat sebagai menyahut Rancangan Malaysia ke-7 untuk berkolaborasi bersama pakar luar negara dalam latihan penyelidikan.

Peringkat akhir program penyelidikan ini mereka menggabungkan empat eksperimen iaitu:

  1. Cloning DNA fragments in a plasmid vector.
  2. Cloning vectors and antibiotic selection.
  3. Transgenic plants and Gus expression.
  4. Genetic analysis by PCR.

Senarai penggerak dan peserta bengkel penyelidikan biologi molekul seperti berikut:

  • Prof. Mohd Azizan Mohd Noor (Biol, USM)
  • Prof. Dick Hoe (Biol, USM)
  • Dr. Mohd Nazalan Najimudin (Biol, USM)
  • Dr. Mustafa Fadhil Farid Wajidi (Sch Distance Learning, USM)
  • Dr. Kamaruzaman Mohamed (Biol, USM)
  • Dr. Timothy C. Baldwin (Biol, USM)
  • Norman Palmer (Biochemistry, UWA)
  • Jim Whelan (Biochemistry, UWA)
  • Steven Walton (Pathol, UWA)
  • Lawrie Abraham (Biochemistry, UWA)
  • Latifah Ahmad (Malaysiain Agric. Research and Dev Institute)
  • Ng Shu Yih (Biochem, National Univ. of Malaysia)
  • Siti Nurdijati Baharudin (Biol, USM)
  • Saminah Simoh (MARDI)
  • Siti Zuainah Omar (Biol, USM)
  • Zarina Mohd Yassan (Bio, USM)
  • Salehudin Jamon (Fisheries Research Inst, Malaysia)
  • Lokmal Ngah (Forest Research Inst, Malaysia)
  • Mohd Akhir Arshad (Fisheries Research Inst, Malaysia)
  • Abdul Razak Lajis (National Poison Centre)
  • Baharuddin Sulaiman (Biol, USM)

Pemegang PhD dalam Botani dari Universiti Reading United Kingdom, Dr. Timothy C. Baldwin kini berkhidmat sebagai Reader di Plant Biologi Sel, Fakulti Sains dan Kejuruteraan, Sekolah Biologi, Kimia dan Sains Forensik di Universiti Wolverhampton United Kingdom.

dr. timothy c. baldwin, gout, athritis, serangan gout, gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, gum arabic food, almanna,

Dr. Timothy C. Baldwin – Universiti Wolverhampton UK

Rawatan Serangan Gout

Gejala serangan gout secara mendadak memerlukan rawatan tertentu untuk meredakan kesakitan yang dialami. Gout adalah penyakit yang boleh sembuh bergantung kepada cara-cara untuk mengatasinya.

Kaedah rawatan serangan gout yang berlaku secara mendadak adalah seperti berikut:

  • Rehatkan sendi ketika gejala gout menyerang
  • Boleh mengambil ubat anti keradangan dan terdapat juga ubat-ubat tertentu  yang memerlukan preskripsi doktor termasuk steroid
  • Sentiasa peka terhadap gejala awal serangan
  • Rawatan awal boleh mengurangkan penyakit ini daripada melarat

Rawatan Jangka Panjang Penyakit Gout

Hubungan antara penyakit gout dengan peningkatan asid urik dalam badan tidak dapat disangkal lagi. Justeru pengawalan terhadap asid urik agar tidak berlebihan perlu diberi penekanan dalam rawatan jangka panjang penyakit gout.

  • Mengawal berat badan. Berat badan berlebihan atau kegemukan boleh mengganggu kemampuan badan untuk membuang asid urik berlebihan yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing.
  • Jauhi minuman keras
  • Banyakkan minum air kosong
  • Amalkan gaya hidup sihat untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan gout
  • Jauhi makanan yang mengandungi jumlah purin yang tinggi
  • Purin juga terdapat dalam sebahagian daging haiwan, makanan laut dan kekacang

Elakkan Makanan Tinggi Purin

Pesakit gout juga dapat menjaga pengambilan makanan untuk mengelakkan kejadian serangan gout. Kandungan purin yang tinggi dalam sesetengah makanan antara faktor yang boleh menyumbang kepada gangguan gout.

Makanan yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:

  • Organ dalaman haiwan seperti hati, ginjal, paru-paru dan otak
  • Ikan bilis, kembung dan sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging seperti ragi dan kiub
  • Makanan bercengkeram seperti ketam, udang dan kerang

Kurangkan Makanan Yang Mengandungi Purin

Purin juga boleh didapati dalam makanan sayuran, kekacang dan bijirin. Makanan jenis ini boleh diambil oleh pesakit gout tetapi perlu membataskan pengambilan dari makan secara berlebihan. Makanan tersebut adalah seperti berikut:

  • Asparagus, bunga kubis, cedawan dan bayam
  • Kacang selai, kacang lentil, kacang soya dan kacang peas
  • Haiwan ternakan untuk kegunaan makanan (poultry)
  • Roti jagung dan bijirin

Penyakit Gout Boleh Dirawat

Penyakit gout boleh dirawat dengan kaedah-kaedah yang betul bermula dari cara rawatan semasa serangan, rawatan jangka masa panjang dan kawalan dalam pengambilan pemakanan tertentu. Penyakit gout juga boleh diwarisi, namun faktor persekitaran juga turut memainkan peranan tanpa mengira sesiapa sahaja.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Gum Arabic (RM30/150gram). Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

gum arabic, gam arab, getah arab, akasia, acacia, almanna, manfaat

Gum Arabic Al-Manna/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia.

Advertisements