Al-Manna :  Getah Arab, Gam Arab, Akasia, Acacia dan Gum Arabic

Gum Arabic dikenali juga sebagai getah arab, gam arab, akasia, acacia dan pada sebutan bahasa asalnya (Arab) dipanggil ‘somghu’ dan ada yang menamakannya sebagai ‘al-Manna’. Ia merupakan produk getah yang dihasilkan dari dahan pokok acacia senegal yang boleh didapati di padang pasir Oasis, Afrika Utara, benua kecil India, Asia Barat dan banyak ditemui di dunia Arab. Ia dipercayai berasal dari Sudan.

Sudan muncul sebagai pengeluar terbesar negara Arab sedunia dalam produksi Gum Arabic Menurut portal kesihatan National Center for Biotechnology Imformation, Gum Arabic terkenal dalam amalan perubatan masyarakat Arab terutama dalam merawat pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik (CRF), walaupun tiada dalil kajian saintifik yang kukuh. Berdasarkan maklumat NCBI juga, pengambilan Gum Arabic dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan dan ia boleh digunakan untuk rawatan obesiti.

Gum Arabic (GA [Acacia senegal]) is reputed, in Arabian medicinal practices, to be useful in treating patients with chronic renal failure (CRF), albeit without strong scientific evidence.

Gam Arab diperakui dapat membantu masalah kembung perut, cirit-birit dan sembelit. Penggunaan Gum Arabic juga dilihat sebagai komponen utama dalam penyediaan minuman sirap ringan seperti Coca-Cola dan Pepsi. Getah Arab membantu pengekalan dan ketahanan kandungan gula dalam minuman karbonat tersebut agar berada di tahap seragam dan tidak mendap ke bawah.

Keajaiban Gum Arabic Sudan

Menurut portal National Public Radio, penggunaan Gum Arabic telah lama digunakan oleh masyarakat dunia termasuk di zaman awal tamadun Mesir. Gum Arabic digunakan oleh Firaun untuk proses ketahanan mumia. Getah Arab juga turut digunakan di zaman al-Kitab sebagai bahan untuk ketahanan pada cat.

Pihak perubatan menggunakan Gum Arabic sebagai bahan untuk menyimpan ubat-ubatan sebelum memisahkannya ke dalam bentuk yang berbeza. Pengemulsi atau pelarut semula jadi ini berupaya menyatukan bahan-bahan tidak larut dan mengekalkannya dalam tempoh yang lama. Selain itu, Gam Arab ini juga digunakan untuk mengekalkan ketahanan dakwat pada percetakan akhbar.

Gum Arabic Terdapat Dalam Al-Quran?

Terdapat dakwaan sebahagian pendapat, Getah Arab yang disebut sebagai al-Manna ini dipercayai merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 57. Terdapat perkataan al-Manna yang menjadi simbol kepada penemuan kaedah penjagaan kesihatan dan dijadikan sebagai makanan tambahan supplement yang berkesan.

Maksud ayat tersebut: “Dan Kami naungi kalian dengan awan dan Kami turunkan kepada kalian manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”.

Namun kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui di atas dakwaan yang mengaitkan produk Gum Arabic al-Manna ini mempunyai hubungan dengan ayat yang diturunkan.

Adapun penggunaan perkataan al-Manna pada sesuatu nama produk, nama restoran dan sebagainya bukan menjadi masalah. Panggilan al-Manna pada getah arab ini telah digunakan oleh kebanyakan masyarakat Sudan terutama pekerja yang terlibat di ladang tanaman pokok akasia.

Terdapat banyak perbahasan di kalangan ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna yang digunakan pada ayat ke-57 surah al-Baqarah ini. Berikut ringkasan huraian terpilih dari ulama tafsir berkaitan maksud al-Manna.

  1. Ali ibnu Abu Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa manna turun kepada mereka di pokok-pokok, lalu mereka memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan manna dan memakannya dengan sepuas-puasnya.
  2. Mujahid mengatakan sesungguhnya manna itu adalah getah. Sementara Ikrimah pula mengatakan manna merupakan sesuatu makanan yang diturunkan oleh Allah kepada mereka seperti hujan gerimis.
  3. As-Saddi menjelaskan bahawa mereka telah berkata, “Hai Musa, bagaimanakah kami dapat hidup di sini tanpa makanan?”. Maka Allah menurunkan kepada mereka manna. Manna itu turun dan jatuh pada pohon zanjabil.
  4. Qatadah mengatakan bahawa manna turun di mana tempat mereka berada seumpama turunnya salju, bentuknya lebih putih berbanding susu dan rasanya lebih manis berbanding madu; manna turun kepada mereka bermula dari fajar (subuh) hingga terbitnya matahari.
  5. Ar-Rabi’ ibnu Anas menjelaskan bahawa manna merupakan minuman yang diturunkan kepada mereka (kaum Bani Israel), rupanya seperti madu; mereka mencampurkan mannna dengan air dan meminumnya.

Tujuan utama dari perbahasan ahli tafsir dapat disimpulkan maksud yang disampaikan berkaitan al-Manna hakikatnya hampir mempunyai persamaan dan tidak terlalu jauh. Di kalangan ahli tafsir ada yang mengatakan al-Manna sebagai minuman, ada yang menafsirkan al-Manna sebagai makanan. Kenyataannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Kesimpulannya al-Manna adalah kurniaan Allah kepada hambaNya samada berbentuk makanan, minuman dan selainnya di dalam rahsia pengetahuan Allah S.W.T. -Sila rujuk lebih banyak lagi huraian ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna.

Hakikatnya, kebaikan dan manfaat yang terdapat pada Getah Arab ini diperakui sendiri oleh  Pengurus Besar pengeksport Getah Arab terbesar Sudan, Gum Arabic Company, Hassan Osman Abdel Nour berkata:

The botanist who identified Acacia Senegal first saw it in Senegal, but it turned out to be Acacia Senegal is more common in Sudan than anywhere in the belt. . . It’s an endowment from God. We did nothing about it.

Kesan Perubahan Iklim Terhadap Gum Arabic

Setiap tahun Sudan mengeksport puluhan ribu tan gula mentah atau Getah Arab ke eropah untuk diproses dan disebarkan ke seluruh dunia mengikut permintaan tinggi dunia yang memerlukan makanan kesihatan Gum Arabic al-Manna. Walau bagaimana pun, penyebaran produk Getah Arab ini melalui sedikit penurunan berbanding dahulu ekoran kesan perubahan iklim yang melanda Sudan dipercayai salah satu faktor yang membawa pengecutan hasil tanaman.

Dari segi ekologi, pokok acacia senegal ini hidup subur di kawasan berbukit dan berbatu kering. Spesis ini dapat bertahan lasak walau dalam keadaan cuaca buruk sebagaimana laporan portal Purdue University.

Gum Arabic al-Manna bertindak sebagai pengemulsi semulajadi untuk memberikan kesihatan yang lebih baik. Pengertian emulsi menurut buku Teknik Pemisahan Dalam Analisis Kimia ialah emulsi merupakan hasil daripada kemasukan satu pelarut ke dalam satu fasa pelarut berterusan yang tidak terlarut campur. Naskah akademik terbitan UTM Press ini boleh didapati di Penerbit UTM, Amazon dan MPH.

Gum Arabic Al-Manna 100% Semula Jadi

Gum Arabic al-Manna tiada bahan tiruan dan bahan tambahan. Getah Arab ini 100% semula jadi diambil dari pokok. Oleh itu ia lebih bebas dari kesan sampingan. Gam Arab lebih mudah diminum kerana ia bersifat mudah larut (dengan cara penyediaan yang betul).

Harga yang ditawarkan untuk memiliki al-Manna sangat berbaloi untuk pelaburan kesihatan. Produk Gum Arabic al-Manna yang dihasilkan melalui teknologi terkini sangat berkhasiat dan berkualiti di samping kandungannya dari gred terbaik.

Gum Arabic al-Manna sesuai untuk semua peringkat usia. Getah Arab ini boleh digunakan untuk kanak-kanak, orang dewasa, warga emas dan ibu mengandung. Gam Arab ini juga boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesihatan.

Gum Arabic ini juga digunakan untuk mendapatkan manfaat bagi pengguna yang mempunyai darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, cirit-birit, sembelit dan banyak lagi. Ia bukan sejenis ubat, tetapi lebih kepada penggunaan untuk tujuan kesihatan. Sila rujuk artikel seterusnya untuk mengetahui lebih banyak khasiat dan manfaat Gum Arabic al-Manna untuk kesihatan secara keseluruhan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Tempahan dan pertanyaan boleh diajukan terus ke nombor WhatsApp berikut (klik) https://www.wasap.my/60145075708/mannatayebat. Harga bagi satu unit nutrisi Al-Manna gum arabic edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd pada RM140.00/500gram (jar/balang) dan RM145.00/420gram (sachets/kiub). Kemasan Al Manna dalam bentuk sachets ini dikenali sebagai Vital Fit.

Selain Al Manna, terdapat satu lagi produk gum arabic edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd yang mempunyai manfaat tersendiri iaitu Tayebat. Nutrisi Tayebat ini dihasilkan daripada getah pokok akasia seyal yang mempunyai kesan antibakteria lebih tinggi berbanding Al Manna. Harga bagi produk Tayebat ialah RM140.00/500gram (jar/balang) dan RM145.00/420gram (sachets/kiub). KemasanTayebat dalam bentuk sachets ini dikenali sebagai Vital Boost.

Kombinasi Al Manna dan Tayebat dalam satu packaging boleh didapati dalam bentuk sachets (tiada dalam bentuk jar). Kemasan ini dikenali sebagai Vital Balance yang mana ia 14 sachets Al Manna dan 14 sachets Tayebat. Semuanya adalah 28 sachets dengan setiap sachets mengandungi 15gram isi kandungan atau tiga sudu teh atau satu sudu makan serbuk gum arabic. Harga Vital Balance ialah RM145.00/420gram (sachets/kiub).

Serbuk Gum Arabic Al Manna & Tayebat edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd
Serbuk Gum Arabic Al Manna & Tayebat edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd

Lihat Lebih Banyak Maklumat Al Manna & Tayebat di Natural Prebiotic 2U

Blog Natural Prebiotic 2U diwujudkan bagi memperkenalkan gum arabic kualiti premium kepada pengguna. Natural Prebiotic 2U sebagai Stokis Al Manna & Tayebat di Kota Bharu. Serbuk Gum Arabic prebiotik semula jadi AL MANNA & TAYEBAT telah berpengalaman lebih 10 tahun di pasaran. Kualiti premium prebiotiknya cepat diproses untuk digunakan oleh tubuh badan di mana ia mampu meningkatkan sistem imunisasi (menguatkan antibodi) dari serangan serta jangkitan bakteria dan virus. Nutrisi serat larut tinggi AL MANNA & TAYEBAT ini lulus KKM, Halal JAKIM, MeSTI, ORGANIC, GMP, IMP, HACCP, dan ISO. Mendapat sokongan lebih daripada 72 pengamal perubatan Malaysia, doktor pakar dan pakar nutrisi. Khasiat nutrisinya diperakui melalui kajian makmal UKM dan USM. Penghasilannya menerusi formula dan teknologi proses yang dipatenkan khas oleh Chemical Engineer di Sudan (Dr. Issam Siddig) untuk extract AL MANNA & TAYEBAT dengan mengekalkan khasiatnya – juga tanpa menggunakan proses suhu yang tinggi dan pengeringan yang boleh memusnahkan protein – AL MANNA & TAYEBAT mampu mengekalkan kelestarian 20 jenis Asid Amino di dalamnya dan 8 Mineral utama yang diperlukan badan serta mempunyai kandungan prebiotik 85-87 peratus. Paparan perkongsian menerusi blog ini bertujuan menambah maklumat berkaitan AL MANNA & TAYEBAT.

Manfaat AL MANNA ialah baik untuk organ seperti usus, perut, jantung dan buah pinggang. Ia membantu pembuangan toksik (detoksifikasi asic uric, urea, dan toksin), mengawal selera makan, melegakan sembelit, menstabilkan gula dan darah, meningkatkan sistem imuniti, dan tinggi kalsium. Manfaat TAYEBAT pula ialah memberikan tenaga, menambah selera makan, melegakan cirit-birit, baik untuk keradangan, bagus untuk sistem saraf, meningkatkan sistem imunisti dan anti-bakteria. AL MANNA & TAYEBAT adalah makanan prebiotik semula jadi yang memberi manusia nutrien-nutrien bermutu tinggi supaya badan dapat memperbaiki keadaannya sendiri secara semula jadi.

Y.E.S off 5% Al Manna & Tayebat 2021

Nikmati tawaran potongan harga sebanyak lima peratus bagi produk nutrisi serat larut dan tinggi prebiotik semula jadi serbuk gum arabic Al Manna dan Tayebat. Tawaran ‘Year End Sales (Y.E.S) off 5%’ ini sah sehingga 31 Disember 2021.

Berikut senarai harga produk nutrisi fiber larut dan tinggi prebiotik semula jadi serbuk gum arabic Al Manna dan Tayebat edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd bagi jualan Y.E.S 2021:

  • Al Manna (Jar) – RM133.00
  • Tayebat (Jar) – RM133.00
  • Vital Fit – RM137.75
  • Vital Boost – RM137.75
  • Vital Balance – RM137.75

Harga jualan biasa tanpa Y.E.S

  • Jar – RM140.00
  • Sachet – RM145.00
Year End Sales (Y.E.S) off 5% Al Manna dan Tayebat 2021

Leave a comment